ff; -->
Cikgu Creative

click to create your own

Tuesday, 15 May 2012

Bab 5: Industri Kecil & Sederhana (IKS)


BAB 5 : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Syarikat perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

CIRI-CIRI

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.
     3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA
          dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit
          daripada institusi kewangan.
  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

KEGIATAN IKS

  1. Industri berasaskan sumber
-          berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.
-          seperti rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.

  1. Industri berasaskan logam
-          melibatkan kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,
faundari dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera seperti membuat alat ganti jentera.

  1. Industri berasaskan plastik
-          menghasilkan barang pengguna berasaskan sumber bahan
mentah industri petrokimia seperti menghasilkan bekas plastik.

  1. Industri komponen automatif
-          IKS membekalkan komponen automotif kepada industri membuat kenderaan  seperti lampu kereta, kusyen dll setelah mendapat bimbingan, kepakaran dan bantuan teknologi.

  1. Industri komponen elektrik dan elektronik
-          Syarikat besar memberi hak kepada IKS untuk mengeluarkan
komponen elektronik yang kecil seperti suis, wayar dll
setelah  dibimbing dan dibantu dari segi kepakaran dan modal.


  1. Industri pemprosesan makanan
-          pemprosesan makanan awet, minuman, biskut dll


  1. Industri kimia
-          keluaran petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia
    

  1. Industri farmaseutikal
-          pengeluaran ubat-ubatan dan bahan aktif untuk rawatan
     penyakit seperti malaria.

KEPENTINGAN IKS

1. Sumbangan kepada masyarakat

    a.   Peluang menceburi bidang perusahaan
    b.   Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
    c.   Peluang pekerjaan
    d.   Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

2. Sumbangan kepada negara

    a.   Mengurangkan pengangguran
    b.   Meningkatkan tabungan dalam ekonomi
    c.   Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawarkan
          upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir.
    d.   Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja
    e.   Mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin
          dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa.
    f.    Mengurangkan import barang pengguna.

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT

1. Pemasaran Bersepadu (Konsep Payung)

    -   Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti
          membekalkan   barang  siap dan separa siap.
    -   Industri kereta memperolehi komponen seperti bateri, pintu,
         kusyen dll melalui IKS.
    -    Melalui pemasaran bersepadu, IKS memperolehi pasaran terjamin
         melalui kontrak kerajaan/pasaran terbuka dan bayaran segera.
    -    Faedah yang diperolehi ialah menambahkan modal perniagaan,
         peluang pekerjaan, pengembangan perniagaan, pengurusan lancar
         serta mutu dan kuantiti barang ditingkatkan.

2. Pengaturan Kontrak Khas

    -    bermaksud mengikat perjanjian antara frma kecil dengan firma
          besar dimana firma kecil berjanji membekalkan keluaran mereka
          mengikut syarat dan kriteria ditetapkan.
    -    Manfaat diperolehi ialah jaminan pasaran keluaran, keluaran dan
          keuntungan dapat ditingkatkan dan mendapat pembiayaan daripada
          firma yang membeli.


3. Subkontrak
    -     melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran
daripada syarikat besar kepada IKS mengikut syarat dan
kriteria ditetapkan.
    -    Contoh komponen kereta seperti kusyen dibekalkan oleh IKS 
kepada syarikat kereta.
    -    Manfaat diterima oleh IKS ialah firma besar membiayai
perbelanjaan seperti pembelian bahan mentah, kemudahan kredit
dan jaminan pasaran antarabangsa.
    -    Skim Perniagaan Vendor merupakan contoh subkontrak
di mana pengeluar sesuatu komponen akan membekalkan
keluaran kepada syarikat besar/multinasional.

MASALAH IKS

1. Masalah modal dan pembiayaan
    -    bank kurang berminat memberi pinjaman kerana IKS tiada cagaran
kukuh dan status kewangan IKS diragui.

2. Produktiviti dan teknologi rendah
    -    disebabkan kekurangan tenaga buruh mahir dan tidak mampu
melatih pekerja.

3. Kekurangan bahan mentah
    -    disebabkan bahan mentah tidak mencukupi atau tiada di pasaran.
    -    IKS membayar harga bahan mentah lebih tinggi daripada industri besar.   
    -    tidak mempunyai modal yang cukup untuk simpanan stok.



4. Masalah pasaran
    -    kekurangan modal menghadkan kemampuan memasarkan produk.
    -    kekurangan kepakaran dalam pemasaran dan kualiti barang rendah.

5. Masalah pengurusan
     -   pengurusan tidak cekap, teknologi ketinggalan zaman, kurang
inovasi menghalang perkembangan IKS

6. Masalah lokasi
-    tiada kemudahan asas mencukupi di tempat operasi dan ada beroperasi
     di belakang rumah.

7. Hubung jalin dengan industri berat
    -    kegagalan memenuhi kontrak atau tidak mendapat subkontrak
kerana kualiti barang dan produktiviti rendah menjejaskan hubungan IKS
dengan industri besar

CARA MENGATASI IKS

1. Program Rantaian Industri (ILP)
-    Program Pembangunan Vendor diperkenalkan untuk membekalkan komponen kritikal kepada syarikat besar.

2. Program penyelidikan dan pembangunan
    -    SIRIM, MARDI dan MPOB membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi.
                                      
3. Program pembangunan infrastruktur
    -    PKEN, MIEL, UDA dan MARA menyediakan kemudahan infrastruktur
seperti taman perindustrian dan unit kilang.

4. Program pembangunan dan peningkatan kemahiran
    -    NPC, MARA, MEDEC dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil
(SMIDEC) membantu meningkatkan kemahiran pekerja melalui latihan,
seminar, bimbingan kerja dan pengurusan.

5. Pembangunan pemasaran
    -    MATRADE membantu IKS menembusi pasaran eksport dan
          menjadi pembekal global melalui ekspo, pameran, lawatan perniagaan dll.

6. Program bantuan kewangan
    -    Bank perdagangan dan MARA merupakan sumber kredit IKS.
    -    CGC menyediakan jaminan kepada peminjam.
    -    Pakej kewangan untuk IKS (PAKSI)  yang dilancarkan oleh
SMIDEC menyediakan kemudahan pinjaman dalam bentuk soft loan.

Posted by Cikgu Creative at 03:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 14 May 2012

INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN




Posted by Cikgu Creative at 23:18 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

INDUSTRI KRAFTANGAN


Posted by Cikgu Creative at 23:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PENGANGKUTAN

Posted by Cikgu Creative at 23:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN

BAB 7: PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN


PERANAN KERAJAAN BAGI MEMBANTU PENIAGA


Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
·         MARDI                                               -    dibidang pertanian
·         LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB)       -    untuk getah
·         LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) – industri sawit
·         SIRIM           -    untuk industri teknologi tinggi
·         FRIM            -    untuk perhutanan
·         LKIM            -    untuk ikan


Menyediakan perundangan perniagaan
Contoh akta:
·         Akta Jualan Barangan
·         Akta Sewa Beli
·         Akta Perihal Dagangan
·         Akta Kawalan Harga
·         Akta Timbang dan Sukat


Menyediakan Latihan dan Pengurusan
·         Supaya peniaga berkemahiran dan cekap
                   Contoh Agensi:
·         MARA
·         NPC – Perbadanan produktiviti


Menyediakan kemudahan  infrastruktur  dan ruang niaga
Contoh :
·         Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
·         Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa
Contoh Agensi:
·         MARA
·         UDA HOLDING
·         PKEN


Memberi Insentif Pelepasan Cukai
·         Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
·         Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
·         Elaun cukai pelaburan


Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
·         Memberi bantuan modal /pinjaman
     Contoh Agensi : MARA
·         Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur


Lawatan Dagangan Keluar Negara
·         Untuk megadakan hubungan 2 hala
·         Buat perjanjian dagangan
     Contoh Agensi: MATRADE / MITI
Posted by Cikgu Creative at 23:01 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PELABURAN

JENIS PELABURAN.

a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.

-          melabur di bank/institusi kewangan.
-          Pelaburan tanpa risiko.
-          Keuntungan rendah.
-          Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
-          Kelebihan :
                     1. Pulangan tetap.
  2. Simpanan selamat.
  3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

b) Harta Tanah.

-          Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.                                               
                  mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan 
                  pendapatan semasa.

c) Saham.

-          pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
-          Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
     -   2  jenis iaitu :   (i)  Saham disenaraikan.
                                    -  saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
                             (ii)  Saham tidak disenaraikan.
                               - saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham
                                 secara rasmi.

Posted by Cikgu Creative at 22:53 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BAB 1 : ASAS PERDAGANGAN


BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN


1.1       PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK



Keperluan
Kehendak

- Mesti ada untuk manusia terus hidup
- Contoh makanan, pakaian dan tempat tinggal
- Sama untuk semua orang
- Keperluan terhad/ tetap
- Keperluan ialah tuntutan semulajadi
- Disusun mengikut tahap tertentu- fisiologi, sosial, rohani

- Barangan yang diingini untuk hidup lebih selesa
- Contoh kereta mewah, barang kemas
- Berbeza mengikut keinginan
- Tidak terhad dan berubah-ubah
- Perlu dipelajari atau dipengaruhi persekitaran
- Tiada dalam Hierarki/ keinginan semasa



HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
-       Ada tiga tahap

Tahap 1 - Keperluan Fisiologi
*      Keperluan asas                       - keperluan paling asas manusia untuk hidup
                                               - membolehkan tubuh manusia berfungsi
                                               - contoh, makanan, pakaian dan tempat tinggal
*      Keperluan keselamatan          - melindungi diri daripada ancaman luar
                                               - contoh ancaman musuh, cuaca dan undang-undang
Tahap 2 - Keperluan Sosial
*      Keperluan kasih sayang         - manusia memerlukan kasih sayang daripada orang lain
                                               - contoh kasih sayang daripada ibu bapa
*      Keperluan penghargaan         - manusia perlu dihormati dan diberi penghargaan
                                               - contoh tahniah atas kejayaan
Tahap 3- Keperluan rohani
*      Keperluan sempurna kendiri  - tahap teratas
                                               - tuntutan jiwa / kepuasan/ kegembiraan mencapai cita2
                                               - cth: hidup beragama, kesenian, berjaya mendapat PhD        



1.2       PENGELUARAN

1.2.1    Maksud Pengeluaran
• Aktiviti memproses bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap dan barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
• Aktiviti pengeluaran mencipta nilai faedah – nilai faedah bentuk, nilai faedah tempat, nilai faedah masa dan nilai faedah milikan.

Nilai Faedah
a) Bentuk       – menukar bentuk barangan kepada satu yang lebih berguna
                        – contoh padi diproses menjadi beras

b) Tempat      – menukar tempat satu barang dari tempat asal / berlebihan ke                   
tempat berkurangan dan boleh memenuhi kehendak pengguna.
– contoh padi di sawah dihantar ke kilang untuk diproses

c) Masa          – menyimpan barang sehingga diperlukan
– contoh padi berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk      
                           memenuhi permintaan di luar musim

d) Milikan      – pertukaran milik daripada seseorang kepada orang lain yang
                          memerlukan
– contoh pengeluar padi menjual beras kepada pengguna

1.2.2    Jenis Pengeluaran

a) Pengeluaran langsung

- menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan peribadi
- tiada unsur pengkhususan
- barang tidak dijual kepada orang lain
- contoh tanam sayur untuk kegunaan sendiri

b) Pengeluaran tak langsung

- menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan orang lain
- wujud pengkhususan
- berlaku urusniaga jual beli mencari untung
- contoh menanam sayur untuk dijual



1.2.3    Cabang Pengeluaran

(i)        Perusahaan   – usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan
                                                  bentuknya kepada barang siap
            a. Ekstraktif  
                            – mengeluarkan bahan mentah / mengeksploitasi sumber alam
                – contoh pertanian, perlombongan
b. Perkilangan 
    – memproses bahan mentah kepada barang separuh siap atau barang
       siap
                – contoh kilang pakaian
c. Pembinaan 
    – aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian dengan                                 
       menggunakan barang separuh siap atau barang siap
                – contoh pembinaan bangunan

(ii)       Perdagangan – aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal
                           kepada pengguna akhir
a. Perniagaan 
    – aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan
            b. Bantuan perniagaan
    – aktiviti untuk melancarkan perniagaan
                -  terdiri daripada perbankan, pengangkutan, insurans, komunikasi,    
pergudangan dan promosi


(iii)      Khidmat langsung   
                                    – aktiviti tidak mengeluarkan barang tetapi memberi perkhidmatan
                                    -  contoh guru, pelakon, doktor


 1.3      FAKTOR -FAKTOR PENGELUARAN

1.3.1    Tanah, Buruh, Modal, Usahawan

Tanah
– kekayaan daripada alam semula jadi
– ganjaran sewa

Modal
– sebarang bentuk aset berupa wang, mesin atau bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran
– ganjaran faedah

Buruh
– seseorang yang menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
– ganjaran upah/gaji

Usahawan
– seseorang yang mengguna dan menggabungkan faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan
– ganjaran untung


1.3.2    Perbezaan Antara Peniaga Dan Usahawan

Peniaga

- Skop aktiviti terhad
- Menjalankan aktiviti jual beli untuk mencari keuntungan
- Lebih mementingkan keuntungan sahaja
- Skala operasinya kecil dengan kaedah pengurusan yang statik
- Contoh Encik Wan mengendalikan kedai basikal di pekan Subang sejak 15 tahun dan masih beroperasi di tempat yang sama

Usahawan

- Skop aktiviti luas
- Menjalankan aktiviti jual beli dengan mengambil risiko untuk mencipta, menubuh dan mengusahakan sesuatu kegiatan ekonomi
- Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara
- Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi berkembang maju masa akan datang
- Contoh Encik Yusof memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Kini beliau mempunyai rangkaian pusat membaiki kereta dan menjual alat ganti kenderaan

Sifat-sifat Usahawan

Kreatif
- Bermaksud mereka cipta keluaran baru untuk memenuhi kehendak pengguna
- Membolehkan usahawan menguasai pasaran
- Orang yang terdahulu menembusi pasaran
- Contoh cipta kad pintar, robot

Inovatif
- Bermaksud pembaharuan / pengubahsuaian barangan yang sedia ada di pasaran
- Supaya menjadi lebih berkualiti
- Usahawan akan dapat kelebihan bersaing
- Pengguna akan dapat lebih manfaat daripada sebelumnya





1.3.3    Peranan Usahawan

Peranan Usahawan Kepada Masyarakat

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
- Dapat menikmati prasarana yang lebih baik
- Mengurangkan penggangguran
- Mendapat banyak peluang pekerjaan
- Dapat meningkatkan taraf hidup
- Dapat menikmati barang berkualiti
- Meningkatkan pendapatan masyarakat
- Dapat menikmati pelbagai jenis barang

Peranan Usahawan Kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara

- Menyediakan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran
- Mendapat tukaran asing / peningkatan eksport
- Menggalakkan aliran modal
- Memperbanyakkan intrastruktur
- Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
- Membuat penemuan teknologi baru / menghasilkan penciptaan baru


1.4       PENGKHUSUSAN

1.4.1    Maksud pengkhususan

- Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang
- Tidak melakukan dua kerja dalam satu masa
- Berasaskan pembahagian kerja
- Pembahagian kerja ialah suatu proses di mana para ditugaskan untuk menjalankan satu peringkat kerja tertentu mengikut kebolehan dan kepakaran mereka

1.4.2    Jenis pengkhususan

(a)        Pengkhususan mengikut profesion
- individu mengkhusus dalam jenis perkerjaan tertentu sahaja mengikut kebolehan, kemahiran dan kelayakannya.
- Wujud disebabkan oleh perbezaan kemahiran / kebolehan seseorang
- Contoh guru, doktor, tentera

(b)       Pengkhususan mengikut proses
- melibatkan pelbagai proses kerja dalam satu kilang
- Wujud disebabkan pembahagian kerja
- contoh di kilang pakaian pekerja diagihkan kepada tugas tertentu seperti tugas memotong kain, menjahit pakaian, menggosok, melipat pakaian dan membungkus.

(c)        Pengkhususan mengikut kawasan
- Aktiviti menghasilkan sesuatu keluaran tertentu di antara satu kawasan dengan kawasan lain
- Wujud disebabkan oleh perbezaan tanah-tanih, sumber asli, tenaga buruh, suhu
- Contoh Johor pengeluar nanas, Kedah pengeluar padi 

(d)       Pengkhususan antarabangsa
- penumpuan setengah negara kepada satu jenis kegiatan ekonomi
- wujud disebabkan perbezaan iklim, bentuk muka bumi, sumber alam semulajadi, teknologi
- contoh Jepun – kereta, Thailand –padi, USA -komputer

1.4.3    Kesan Pengkhususan Dalam Pengeluaran

Kelebihan pengkhususan
- Meningkatkan pengeluaran
- Menggalakkan pengeluaran besar-besaran
- Menikmati ekonomi bidangan
- Meningkatkan kualiti
- Mengurangkan kos buruh
- Menjimatkan masa latihan
- Meningkatkan kemahiran
- Menjimatkan tenaga kerana menggunakan mesin
- Boleh menumpukan bidang yang ada kebolehan/kelebihan
- Meningkat peluang pekerjaan

Kekurangan pengkhususan
- Hanya mahir satu proses pengeluaran/tidak kreatif
- Sukar berpindah ke pekerjaan lain
- Pekerja bosan
- Tidak dapat mencipta barang secara bersendirian
- Kos beli mesin mahal
- Hasil keluaran tiada variasi
- Saling bergantungan
- Proses mudah tergendala
- Perlu pakar pada tiap-tiap bahagian
- Pengangguran mudah berlaku kerana penggunaan mesin/kemahiran terhad


1.5       SISTEM BARTER

1.5.1    Maksud sistem barter

- Cara pertukaran barang dengan barang
- Tanpa menggunakan wang


1.5.2    Kelemahan sistem barter

(a)       Masalah kemahuan serentak 
– tidak semua orang bersetuju menukarkan barang yang dia ada dengan
   barang yang kita miliki

(b)       Sukar menentukan nilai
            – barang yang hendak ditukarkan tidak sama nilai / saiz / ukuran

(c)        Sukar membahagikan barang
            – sebahagian barang dan benda hidup tidak boleh dibahagikan kepada  
bahagian kecil

(d)       Barang cepat rosak
– contoh sayuran, buah-buahan, ikan perlu ditukar segera

(e)        Sukar membawa barang
            – contoh menukarkan 20 tan beras dengan dengan 20 batang kayu balak

Posted by Cikgu Creative at 22:30 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Ahlan Wasahlan :)

our group members :)

our group members :)
Nama diberi Suzelawati binti Basir.Saya sudah berkahwin.Saya berasal dari Melaka.

Nama diberi Norazila binti Nordin.Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Nama diberi Noor Diana binti Jafar.Saya berasal daari Melaka dan berumur 28 tahun.

Nama diberi Norhafizah binti Md Yusof atau lebih dikenali dengan Firas Firzana.Saya sudah berkahwin.

Blog Archive

  • ▼  2012 (8)
    • ▼  May (8)
      • Bab 5: Industri Kecil & Sederhana (IKS)
      • INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN
      • INDUSTRI KRAFTANGAN
      • PENGANGKUTAN
      • PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN
      • PELABURAN
      • BAB 1 : ASAS PERDAGANGAN
      • PRODUK IKS

masa itu emas

Clock Widgets
SpongeBob SquarePants

Followers

Picture Window theme. Powered by Blogger.